Sunday 28 April 2013

Tanam semula



pokok daun sup ni di tanam semula selepas ambil daunnya wt sup..


keratan rosmery ni dh d celup serbuk agent akar supaya akar cpt kuar..
semoga menjadi lah keratan ni...

Perosak

Pokok cili
 Pokok cili dh kne d mkn olh makhluk perosak.. xtau lah samada siput ke
belalang...

Pokok rosmery
Pokok rosmery pula kne serang d askar ulat2. habis rosak pucuk !

Semaian baru

Pokok kailan
anak pokok kailan dalam mse sminggu..

haa...ank pokok kailan ditutup dengan guni bwg supaya
perosak tidak dpt mkn.. :D

Tuesday 23 April 2013

Tuaian kacang panjang

m

 Kacang panjang dh sedia untuk di tuai..

 Kacang panjang dibiarkan matang untuk dijadikan benih

ok cukup untuk buat keresek,,hehe

Sunday 21 April 2013

Tuaian hari ini

Ulam-ulaman yang di ambil di keliling umah..

 Ulam yg ad ialah pucuk jambu gajus, kacang pjg, pokok sambung nyawa, serai,
daun serai kayu..




Tuesday 9 April 2013

Tuaian hari ini


Timun batang yang xberapa nak membesar tpi dh matang.. alahai..
kontot2 blake..rosmery pula sebagai perisa dlm ayam bakar.. nyum3

Wednesday 3 April 2013

Pokok mangga


Pokok mangga di halaman depan umah.. sedang berbunga dan berbuah..

Pokok hiasan

 ni pokok ape ek?pokok lidah jin mini?haha.

 poko lidah jin kuning

 yang ni xtau nama ape..tepi daunnya berduri..amek anak pokok kat umah kak ipar..
sekeliling 2 anak pokok naga..

yang ni pun xtau ape ke nama..

Pokok tembikai susu

Cambahan pokok tembikai susu dari biji benih.. hari ke 3 pokok baru tumbuh..

Pokok kacang botol

Pokok kacang botol ni lambat membesar..xtau ape masalahnya..

Pokok kurma

Semasa merumpai, terjumpa pokok ni. mcm pokok kelapa sawit. tp setelah digali sedikit kt akar, ada
biji kurma..sah! poko kurma..bila tanam biji susah nak hidup. apabila daunnya ada 3 or 4 helai
akan di pindah ke tempat yang sesuai.

Pokok nenas

Pokok nenas ni mcm da matang dan x membesar.. terbantut kot..

Pokok ubi

Pokok ubi di tanam di luar pagar..
antara pokok ubi yang ada ialah pokok ubi besar, ubi kayu,
ubi keledek.

Pokok tongkat ali

Pokok tongkat ali ni di beri semasa aktiviti kolej oleh pegawai hutan simpanan
di bukit pelindung kat kuantan..

Pokok temu pauh

pokok temu pauh ni isinya di buat ulam..

Pokok sambung nyawa

haa,,sape la kasi nama pokok ni...hehe.
pokok ni amat berkhasiat dan dibuat ulam.


Pokok bawang

poko bawang ni di semai dalam mase seminggu lebih...
penjagaannya amat mudah dan jimat...

Kucai


kucai yang di ambil dari umah jiran.. lambat betul nak keluar 
tunas baru..

Pokok cili padi


Pokok cili padi di alihkan dlm pasu tumbuh dengan subur...

Rang pokok peria


 haha..very simple..just buat dari batang pokok n pelepah klapa...
jimat kos kan? :)


Tuesday 2 April 2013

Sunday 31 March 2013

Pokok rosmery

Rosemary merupakan sejenis herba yang banyak digunakan dalam masakan inggeris. Ia merupakan sejenis tumbuhan renek yang kecil dengan daunnya yang berbentuk jarum seperti daun pokok pine.Rosemary mempunyai bunga yang berwarna ungu kebiruan dan di negara empat musim ia akan berbunga sepanjang musim bunga dan musim panas. Tidak pasti adakah rosemary boleh berbunga dalam iklim tropika kerana rosemary yang saya tanam( gambar diatas ) tidak pernah berbunga lagi.Rosemary boleh tumbuh hingga mencapai ketinggia lima kaki.Pembiakannya mudah melalui keratan batang. Untuk hidup di Negara kita yang beriklim panas, rosemary tidak boleh didedahkan secara terus kepada cahaya matahari. Tanam ditempat yang agak redup dan pastikan airnya mencukupi. Jika ada bahagian tumbuhan yang telah kering , pastika ranting yang kering ini dipangkas untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang rimbun. Ia mempunyai aroma yang kuat.Nama tumbuhan ini yang mearik sebenarnya didapati dari perkataan lain yang bermaksud Embun dari laut.Di Negara barat rosemary merupakan simbol kepada persahabatan dan kasih sayang. Ia sering dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin.

sekadar untuk pengetahuan am: Menurut kepercayaan tradisi orang kristian, rosemary akan hidup selama 33 tahun dan sehingga ia mencapai ketinggian nabi isa sebelum ia mati.Mereka juga percaya daun rosemary yang diletak dibawah bantal ketika tidur akan menghalang mereka dari diganggu oleh roh jahat.

kegunaan:

Kajian saintis dari universiti Cincinnati mendapati bau rosemary boleh membantu menguatkan ingatan kita. Rosemary sesuai diletakkan diatas meja dipejabat atau diatas meja belajar kanak-kanak.Daun rosemary boleh dipetik bila-bila masa diperlukan. Tidak digalakkan memetik lebih dari yang perlukan kerana baunya akan berkurangan apabila kering. Satu kajian oleh Chi-Tang Ho, Ph.D., seorang profesor di jabatan sains makanan di Universiti Rutgers di New Brunswick, new jersey  mendapati penggunaan minyak rosemary yang disapu pada kulit (kajian dilakukan pada haiwan) mengurangkan separuh dari risiko terkena kanser.Kajian yang sama juga menunjukkan haiwan yang makan rosemary hanya mendapat separuh dari kebarangkalian mendapat kanser kolon dan kanser paru-paru berbanding dengan haiwan yang dietnya tidak mengandungi Rosemary.

selain daripada itu rosemary juga digunakan untuk merawat masalah penghadaman dan haid yang tidak teratur.Cara penggunaannya sama iaitu dengan minum secawan kecil teh rosemary setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.Jika digunakan sebagai losyen ia dapat menghilangkan masalah sakit kepala.Jika teh ini diminum bersama madu ia boleh digunakan untuk merawat batuk. Ia juga baik digunakan sebagai tonik untuk menyuburkan kulit kepala dan mencantikkan kulit.Ia juga boleh menghilangkan kedutan kecil pada kulit.
Wanita hamil tidak dibenarkan mengambil persediaan herba dari rosemary.Walaubagaimanapun kuantiti sedikit yang digunakan sebagai rempah dalam masakan tidak akan mendatangkan kemudaratan.

Akhirnya dapat pokok rosmery ni.. ni pun suh akak duk kl belikan kt cold storage.
kt terengganu susah nk dapat.


Pokok Kacang Panjang



Pokok kacang panjang ni x berbunga lagi... hmm ..mabuk daun kot ..hehe

Ni pokok betik tumbuh kt celah pokok kacang panjang


Pokok Timun




Pokok timun da mula berbunga dan berputik..

Pokok Petola Segi

 Pokok Petola Segi

Petola segi atau nama botaninya Luffa acutangula merupakan tumbuhan jenis memanjat daripada famili cucurbitae. Petola segi berada dalam famili yang sama dengan timun batang. Pokok sayuran jenis buah ini berasal dari India. Terdapat tiga jenis petola yang biasanya ditanam sebagai sayuran di Malaysia iaitu petola segi, petola bulat dan petola ular. Buah petola segi (rujuk foto) berukuran diantara 20-40 cm panjang. Buahnya berwarna hijau dan mempunyai garisan bersegi tirus dari bahagian tangkai sehingga hujung buah.
Buah petola segi dimakan sebagai sayuran. Ia biasanya dimasak lemak, digoreng tumis, masak bening (sayur air/sup), dan pelagai jenis masakn. Ia juga boleh dicelur dan dimakan sebagai ulaman. Selain daripada buah, pucuk dan muda petola segi boleh dimakan sebagai sayuran. Daun petola segi boleh digunakan sebagai rawatan herba. Daunnya yang ditumbuk hingga lumat dan ditampal pada kulit digunakan untuk meredakan demam panas dan merawat penyakit kulit. Biji petola segi dimakan untuk menggalak muntah. Ia juga dimakan sebagai julap. Jika berlebihan ia akan menyebabkan keracunan.
 Anak pokok petola.. x ingat da bape minggu ank pokok ni.. nanti da kuo jalar nya bru wt 'rang ..